Ahad, 22 Ogos 2010

Pengenalan

Pengenalan

Chen woei song
204319
Rogol didefinisasikan sebagai serangan seksual terhadap seseorang. Menurut undang-undang jenayah, istilah rogol merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Selain itu, sesetengah undang-undang menggunakkan istilah seperti dipukul untuk seksual serta ada juga mentakrifkan rogol sebagai serangan seksual dengan penembusan. Maksud lain tentang rogol ialah seseorang lelaki memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang lain. Walaupun seorang wanita yang memaksakan seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh disabitkan atas kesalahan merogol, dia boleh disabitkan kesalahan kerana menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Definisi rogol

Definisi rogol

Lee char yee
204402

Rogol boleh didefinisikan sebagai serangan seksual di mana penyerang melakukan hubungan seksual dengan mangsa tanpa kerelaan dan kebenaran daripada mangsa .Selain itu ,walaupun penyerang mendapat kebenaran daripada mangsa tetapi dalam keadaan apabila mangsa tidak faham apa yang sebenarnya berlaku pada masa itu contohnya sewaktu mangsa itu mabuk ,kurang sedar ,atau kecatatan mental ,atau mangsa itu adalah di bawah umur (rogol statutori) ,atau memperolehi kebenaran dengan ugutan bunuh atau kecederaan terhadap mangsa juga diklasifikasi sebagai rogol .Pencerobohan ini akan memberi kesan dari segi fizikal dan emosi kepada seseorang mangsa .

Latar belakang kepada masalah rogol di Malaysia


Latar belakang kepada masalah rogol di Malaysia

Leong jia chen
126701


Sejak kebelakang ini kes rogol lebih kerap barlaku di nagara ini.Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM menunjukkan bahawa kes rogol semakin meningkat. Rajah dibawah menunjukkan trend jenayah rogol di Malaysia pada 2000 hingga 2008. Daripada rajah didapati jenayah rogol telah meningkat secara berterusan dari tahun 2000 hingga 2008 .Selain itu, menurut jadual dibawah menunjukkan johor dan selangor adalah negeri yang paling banyak melaporkan kes jenayah rogol.







Jenis-jenis rogol

Jenis-jenis rogol

Hur chin siang
204365


Rogol bergilir-gilir
"Rogol bergilir-gilir" terjadi apabila sekumpulan orang mengambil bahagian dalam perogolan seorang mangsa, biasanya sekumpulan lelaki terhadap seorang perempuan. Ia dipandangkan sebagai lebih mencederakan kepada mangsa rogol dari segi psikologi.

Rogol statutori
"Rogol statutori" ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia kerelaanWalaupun kanak-kanak bersetuju dan rela dengan kegiatan seksual yang dilakukan terhadap mereka, perbuatan itu masih lagi dianggap sebagai rogol.

Inses
Inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain.

Rogol Domestik
Rogol yang dilakukan oleh pasangan atau saudara yang terdekat dengan mereka yang kebiasaannya berlaku di rumah.Rogol ini biasa dilakukan di kalangan ahli keluarga.

Rogol Temujanji
Rogol yang dilakukan oleh rakan atau kenalan (tetapi bukannya seseorang yang anda membuat temu janji dengannya)

Punca-punca jenayah rogol

Punca-punca jenayah rogol

Chong sook mun
204480

Keruntuhan akhlak dan tidak dapat megawal nafsu
Pada peringkat Genital yakni 12 tahun ke atas, remaja mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Ketika ini, kelenjar-kelenjar kelamin sudah mula berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan wujud perasaan cinta dua arah. Namun hal ini menjadi masalah apabila perasaan berahi remaja itu disalurkan dengan cara yang salah, iaitu melalukan serangan seksual untuk memuaskan nafsu sendiri. Sikap suka menggoda pada setengah-setengah remaja perempuan juga membawa kepada masalah ini.

Pengaruh media massa dan bahan-bahan lucah
Sejak akhir-akhir ini, bahan- bahan lucah yang sepatutnya terkawal telah merebak dan mudah didapati oleh remaja, terutamanya lelaki. Wujud juga penjualan komik-komik berunsur pornografi dan juga penyebaran video-video klip seks yang berleluasa. Melalui internet umpamanya juga, masyarakat yang berfikiran kurang sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Cara Berpakaian
Cara berpakaian sesetengah golongan muda di masa ini mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Ini akan memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.

Akibat dari pergaulan bebas
Pada saat ini, para remaja dengan bebas dapat bergaul antara jenis. Tidak jarang dijumpai pemandangan di tempat-tempat umum, para remaja saling berangkulan mesra tanpa memperdulikan masyarakat sekitarnya. Bagi mereka, merupakan salah satu bentuk gengsi yang membanggakan. Pengaruh adegan-adegan seks dalam bahan "pornografi", ini ditambah dengan pergaulan bebas. Akibatnya, di jaman ini banyak remaja yang putus sekolah kerana hamil.

Cabaran daripada teman atau rakan sebaya
Remaja yang kurang bimbingan agama dan kerohanian akan lebih memberontak untuk mencari identiti diri dan lebih cenderung meluahkan masalah kepada rakan mereka daripada ibu bapa dan keluarga sendiri. Oleh itu, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang kurang baik atas cabaran-cabaran seterusnya melakukan perkara bukan-bukan untuk menunjukkan kekuatan sendiri. Kekuatan daya seks seseorang lelaki yang gagal dikawal akibat kurang kekuatan iman menyebabkan ia diruntun untuk merogol.



Kesan rogol

Kesan rogol

Kuek ming how
204423

Apakah kesan rogol kepada mangsa?
Secara kebiasaannya,sebaik sahaja selepas kejadian,reaksi emosi mangsa adalah marah, takut, gelisah, malu, rasa bersalah, terhina, menyalahkan diri sendiri dan rasa lemah.Mereka akan berasa diri sendiri tidak suci lagi dan tidak ingin berdepan dengan orang lain pada satu tempoh,terutamanya bagi anak dara.Kecederaan fizikal seperti pendarahan gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku dan menjejas kesihatan mangsa tersebut.Manakala bagi kesan jangka panjang,mereka berkemungkinan besar akan mengalami kehamilan yang tidak diingini,penyakit kelamin,gangguan tidur,sentiasa terbayang peristiwa tersebut,gagal dalam perhubungan.Ini semua ini akan membawa kepada penyakit kemurungan dan sekiranya tidak mendapat pertolongan pakar psikiatri dengan segera,mereka akan menunjukkan tingkah laku untuk membunuh diri.Bagi reaksi masyarakat,sebahagian besar daripada mereka akan berpandangan serong terhadap seorang mangsa rogol.Hanya sebahagian kecil dapat menunjukkan penerimaan positif terhadap mangsa rogol.Secara tidak langsung,masyarakat akan menganggap mangsa adalah punca kepada kes rogol sekiranya mangsa tersebut selalu berpakaian seksi,bergaul bebas dalam perhubungan dalam kehidupan dulu sebelum kejadian berlaku.


Apakah kesan rogol terhadap keluarga mangsa?
Tahap kebahagiaan keluarga mangsa secara kebiasaannya terjejas atau merosot.Keadaan ini menunjukkan ramai mangsa merasakan hidup mereka tidak tenteram selepas kejadian. Mangsa mungkin sukar untuk menyesuaikan dirinya dalam kehidupan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.Selain itu,mangsa yang mengalami masalah psikologi juga senang marah,tidak dapat berfikiran rasional serta melakukan perbuatan yang memusnah diri.Ini memerlukan kesabaran ahli keluarga yang besar untuk bertolak ansur dengan mangsa,selalu memberi sokongan dan kasih sayang,penjagaan yang terapi terhadap emosi mangsa supaya mereka tidak tidak berasa tersisir.Jika ahli keluarga hilang kesabaran,pastinya berlaku perselisihan faham dan pertelingkahan dalam keluarga justeru suasana bahagia terjejas.

Khamis, 19 Ogos 2010

Undang-undang rogol

Undang-undang rogol
Ngo yong hui
204550


Rogol didefinisikan di bawah seksyen 375 sebagai perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan wanita tanpa keizinannya. Pesalah yang disabitkan di bawah seksyen 375 akan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta juga boleh dikenakan sebatan rotan.Untuk kes jenayah seksual di mana kemasukan alat kemaluan lelaki tidak berlaku, seksyen 354 terpakai untuk pendakwaan terhadap pesalah yang menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.Hukuman terhadap persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan adalah seberat hukuman rogol.Hukuman bagi sumbang mahram lebih berat daripada rogol iaitu hukuman penjara tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan sebatan rotan adalah wajib.Sementara itu, perkataan, isyarat, bunyi atau apa-apa benda yang ditunjukkan untuk mengaib kehormatan dan mengganggu kesantunan seseorang adalah dihukum di bawah Seksyen509.

Undang-undang rogol(lihat dari sudut agama islam)

Undang-undang rogol(lihat dari sudut agama islam)
Nordinie binti ramli
204113

Rogol dianggap jenayah berat dalam kebanyakan kebudayaan dan hukuman yang dikenakan juga adalah berat. Kasi dan kaedah pengasingan kimia telah dilaksanakan dibeberapa buah negara ke atas perogol kental (habitual offenders). Ada juga yang menghukum perogol dengan hukuman rejam seperti yang diutarakan oleh agama Islam melalui Hukum Hudud. Agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian turut menganjurkan hukuman mati ke atas perogol. Negara-negara Barat turut menghukum perogol dengan pemenjaraan yang panjang iaitu hukuman yang maksimum. Pada permulaan abad ke-20an, perogol boleh dikenakan hukuman mati dikebanyakan negeri-negeri di Amerika Syarikat.

Malaysia tidak terkecuali menetapkan undang-undang dan pekeliling khas tehadap kes ini. Menerusi undang-undang, Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 375 dan 376, perogol boleh dihukum minimun 5 tahun penjara dan maksimum 20 tahun dan sebatan, manakala pekeliling khas iaitu Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 22 Tahun 2005 ( Menjurus Gangguan Seksual di Tempat Kerja) turut diguna pakai sekiranya berlaku kes rogol di tempat kerja. Akta Kesalahan Seksual 2003 menggariskan bahawa hukuman yang harus dikenakan ke atas perogol ialah maksimum penjara seumur hidup.

Selain Malaysia, negara lain turut mempunyai hukuman tersendiri dalam menghukum perogol. Poland misalnya,mengenakan hukuman ‘kasi’ kemaluan perogol, manakala di Pakistan, perogol akan dijatuhi hukuman mati melalui tali gantung. Hukuman ngeri yang dilaksanakan ke atas perogol di Yaman ialah tembak sehingga mati dengan beberapa das tembakan di hadapan orang ramai. Hakikatnya, apa jua hukuman yang dikenakan, masih ramai anak gadis, wanita, kanak-kanak, mahupun warga emas menjadi mangsa kerakusan dan nafsu kebinatangan lelaki yang bertopingkan manusia. Oleh itu, punca berleluasnya kes ini harus dikaji sebelum berusaha mengatasinya.


Langkah untuk mencegah jenayah rogol

Langkah untuk mencegah jenayah rogol
Muhamad nur adhwa bin mat zauki

204339

CARA-CARA MENGELAK DARI KEJADIAN ROGOL:


  • Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.

  • Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.

  • Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.

  • Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.

  • Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.

  • Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.

  • Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.

  • Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.

  • Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.

  • Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.

  • Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.

  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.

  • Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.

MENGATASI ANCAMAN ROGOL:


  • Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.

  • Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.

  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.

  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.

  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.








Tanggungjawab masyarakat

Tanggungjawab masyarakat

Nurul athirah bt muhammad supian
204618

setiap hari ada sahaja kita dengar mengenai pelbagai salah laku  jenayah yang dilakukan oleh segolongan individu yang mempunyai nilai moral yang sangat rendah di sisi masyarakat. Kes- kes jenayah seperti jenayah rogol merupakan salah satu jenayah yang sering kali menjadi halwa telinga masyarakat dan sering menjadi tajuk-tajuk utama di dada-dada akhbar Negara kita.Oleh hal yang demikian, masyarakat setempat perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membantu pihak polis membanteras jenayah rogol ini daripada terus berleluasa. Ibu bapa, persatuan-persatuan tertentu, rukun tetangga dan individu- individu tertentu tetap penting bagi membendung gejala ini.Antara pendekatan lain yang dapat diambil ialah dengan mengubah gaya hidup masyarakat. Hal ini kerana kalau dilihat kehidupan di Bandar-bandar besar khusunya lebih menjurus kepada tidak mahu mengambil berat tentang hal orang lain. Mereka yang hidup di Bandar ini lebih bersikap individualistik. Jika masyarakat ini dapat mengubah gaya hidup mereka dapatla juga mereka membantu mengurangkan berlakunya jenayah rogol ini. Dengan sikap prihatin ini dapat mengurangkan jurang yang wujud antara masyarakat.

Kesimpulan

Kesimpulan

Chen woei song
204319


Kesimpulannya, rogol telah memberi impak yang serius dalam psikologi dan fisiologi mangsa dan juga keluarga mangsa. Rogol juga mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius seperti kehamilan dan penyait sebaran seksual. Golongan wanita akan merasa takut ketika berjalan kaki sendiri di mana-mana tempat. Oleh itu, hukuman-hukuman dan undang-undang yang berat mesti dilaksanakan terhadap perogol supaya dapat menghukum perogol yang memberi impak yang serius kepada mangsa. Hukuman seperti kasi dan kaedah pengasian serta hukuman mati boleh dilaksanakan kepada perogol untuk memberi amaran kepada masyarakat supaya dapat mengurangkan kes rogol di negara kita.