Ahad, 22 Ogos 2010

Pengenalan

Pengenalan

Chen woei song
204319
Rogol didefinisasikan sebagai serangan seksual terhadap seseorang. Menurut undang-undang jenayah, istilah rogol merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Selain itu, sesetengah undang-undang menggunakkan istilah seperti dipukul untuk seksual serta ada juga mentakrifkan rogol sebagai serangan seksual dengan penembusan. Maksud lain tentang rogol ialah seseorang lelaki memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita, lubang dubur atau mulut seseorang lain. Walaupun seorang wanita yang memaksakan seorang lelaki untuk bersetubuh tidak boleh disabitkan atas kesalahan merogol, dia boleh disabitkan kesalahan kerana menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan seksual tanpa persetujuan.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Definisi rogol

Definisi rogol

Lee char yee
204402

Rogol boleh didefinisikan sebagai serangan seksual di mana penyerang melakukan hubungan seksual dengan mangsa tanpa kerelaan dan kebenaran daripada mangsa .Selain itu ,walaupun penyerang mendapat kebenaran daripada mangsa tetapi dalam keadaan apabila mangsa tidak faham apa yang sebenarnya berlaku pada masa itu contohnya sewaktu mangsa itu mabuk ,kurang sedar ,atau kecatatan mental ,atau mangsa itu adalah di bawah umur (rogol statutori) ,atau memperolehi kebenaran dengan ugutan bunuh atau kecederaan terhadap mangsa juga diklasifikasi sebagai rogol .Pencerobohan ini akan memberi kesan dari segi fizikal dan emosi kepada seseorang mangsa .

Latar belakang kepada masalah rogol di Malaysia


Latar belakang kepada masalah rogol di Malaysia

Leong jia chen
126701


Sejak kebelakang ini kes rogol lebih kerap barlaku di nagara ini.Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM menunjukkan bahawa kes rogol semakin meningkat. Rajah dibawah menunjukkan trend jenayah rogol di Malaysia pada 2000 hingga 2008. Daripada rajah didapati jenayah rogol telah meningkat secara berterusan dari tahun 2000 hingga 2008 .Selain itu, menurut jadual dibawah menunjukkan johor dan selangor adalah negeri yang paling banyak melaporkan kes jenayah rogol.







Jenis-jenis rogol

Jenis-jenis rogol

Hur chin siang
204365


Rogol bergilir-gilir
"Rogol bergilir-gilir" terjadi apabila sekumpulan orang mengambil bahagian dalam perogolan seorang mangsa, biasanya sekumpulan lelaki terhadap seorang perempuan. Ia dipandangkan sebagai lebih mencederakan kepada mangsa rogol dari segi psikologi.

Rogol statutori
"Rogol statutori" ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia kerelaanWalaupun kanak-kanak bersetuju dan rela dengan kegiatan seksual yang dilakukan terhadap mereka, perbuatan itu masih lagi dianggap sebagai rogol.

Inses
Inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain.

Rogol Domestik
Rogol yang dilakukan oleh pasangan atau saudara yang terdekat dengan mereka yang kebiasaannya berlaku di rumah.Rogol ini biasa dilakukan di kalangan ahli keluarga.

Rogol Temujanji
Rogol yang dilakukan oleh rakan atau kenalan (tetapi bukannya seseorang yang anda membuat temu janji dengannya)

Punca-punca jenayah rogol

Punca-punca jenayah rogol

Chong sook mun
204480

Keruntuhan akhlak dan tidak dapat megawal nafsu
Pada peringkat Genital yakni 12 tahun ke atas, remaja mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Ketika ini, kelenjar-kelenjar kelamin sudah mula berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan wujud perasaan cinta dua arah. Namun hal ini menjadi masalah apabila perasaan berahi remaja itu disalurkan dengan cara yang salah, iaitu melalukan serangan seksual untuk memuaskan nafsu sendiri. Sikap suka menggoda pada setengah-setengah remaja perempuan juga membawa kepada masalah ini.

Pengaruh media massa dan bahan-bahan lucah
Sejak akhir-akhir ini, bahan- bahan lucah yang sepatutnya terkawal telah merebak dan mudah didapati oleh remaja, terutamanya lelaki. Wujud juga penjualan komik-komik berunsur pornografi dan juga penyebaran video-video klip seks yang berleluasa. Melalui internet umpamanya juga, masyarakat yang berfikiran kurang sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

Cara Berpakaian
Cara berpakaian sesetengah golongan muda di masa ini mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Ini akan memainkan peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas.

Akibat dari pergaulan bebas
Pada saat ini, para remaja dengan bebas dapat bergaul antara jenis. Tidak jarang dijumpai pemandangan di tempat-tempat umum, para remaja saling berangkulan mesra tanpa memperdulikan masyarakat sekitarnya. Bagi mereka, merupakan salah satu bentuk gengsi yang membanggakan. Pengaruh adegan-adegan seks dalam bahan "pornografi", ini ditambah dengan pergaulan bebas. Akibatnya, di jaman ini banyak remaja yang putus sekolah kerana hamil.

Cabaran daripada teman atau rakan sebaya
Remaja yang kurang bimbingan agama dan kerohanian akan lebih memberontak untuk mencari identiti diri dan lebih cenderung meluahkan masalah kepada rakan mereka daripada ibu bapa dan keluarga sendiri. Oleh itu, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang kurang baik atas cabaran-cabaran seterusnya melakukan perkara bukan-bukan untuk menunjukkan kekuatan sendiri. Kekuatan daya seks seseorang lelaki yang gagal dikawal akibat kurang kekuatan iman menyebabkan ia diruntun untuk merogol.



Kesan rogol

Kesan rogol

Kuek ming how
204423

Apakah kesan rogol kepada mangsa?
Secara kebiasaannya,sebaik sahaja selepas kejadian,reaksi emosi mangsa adalah marah, takut, gelisah, malu, rasa bersalah, terhina, menyalahkan diri sendiri dan rasa lemah.Mereka akan berasa diri sendiri tidak suci lagi dan tidak ingin berdepan dengan orang lain pada satu tempoh,terutamanya bagi anak dara.Kecederaan fizikal seperti pendarahan gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku dan menjejas kesihatan mangsa tersebut.Manakala bagi kesan jangka panjang,mereka berkemungkinan besar akan mengalami kehamilan yang tidak diingini,penyakit kelamin,gangguan tidur,sentiasa terbayang peristiwa tersebut,gagal dalam perhubungan.Ini semua ini akan membawa kepada penyakit kemurungan dan sekiranya tidak mendapat pertolongan pakar psikiatri dengan segera,mereka akan menunjukkan tingkah laku untuk membunuh diri.Bagi reaksi masyarakat,sebahagian besar daripada mereka akan berpandangan serong terhadap seorang mangsa rogol.Hanya sebahagian kecil dapat menunjukkan penerimaan positif terhadap mangsa rogol.Secara tidak langsung,masyarakat akan menganggap mangsa adalah punca kepada kes rogol sekiranya mangsa tersebut selalu berpakaian seksi,bergaul bebas dalam perhubungan dalam kehidupan dulu sebelum kejadian berlaku.


Apakah kesan rogol terhadap keluarga mangsa?
Tahap kebahagiaan keluarga mangsa secara kebiasaannya terjejas atau merosot.Keadaan ini menunjukkan ramai mangsa merasakan hidup mereka tidak tenteram selepas kejadian. Mangsa mungkin sukar untuk menyesuaikan dirinya dalam kehidupan bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.Selain itu,mangsa yang mengalami masalah psikologi juga senang marah,tidak dapat berfikiran rasional serta melakukan perbuatan yang memusnah diri.Ini memerlukan kesabaran ahli keluarga yang besar untuk bertolak ansur dengan mangsa,selalu memberi sokongan dan kasih sayang,penjagaan yang terapi terhadap emosi mangsa supaya mereka tidak tidak berasa tersisir.Jika ahli keluarga hilang kesabaran,pastinya berlaku perselisihan faham dan pertelingkahan dalam keluarga justeru suasana bahagia terjejas.

Khamis, 19 Ogos 2010

Undang-undang rogol

Undang-undang rogol
Ngo yong hui
204550


Rogol didefinisikan di bawah seksyen 375 sebagai perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan wanita tanpa keizinannya. Pesalah yang disabitkan di bawah seksyen 375 akan dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun serta juga boleh dikenakan sebatan rotan.Untuk kes jenayah seksual di mana kemasukan alat kemaluan lelaki tidak berlaku, seksyen 354 terpakai untuk pendakwaan terhadap pesalah yang menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.Hukuman terhadap persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan adalah seberat hukuman rogol.Hukuman bagi sumbang mahram lebih berat daripada rogol iaitu hukuman penjara tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan sebatan rotan adalah wajib.Sementara itu, perkataan, isyarat, bunyi atau apa-apa benda yang ditunjukkan untuk mengaib kehormatan dan mengganggu kesantunan seseorang adalah dihukum di bawah Seksyen509.