Khamis, 19 Ogos 2010

Undang-undang rogol(lihat dari sudut agama islam)

Undang-undang rogol(lihat dari sudut agama islam)
Nordinie binti ramli
204113

Rogol dianggap jenayah berat dalam kebanyakan kebudayaan dan hukuman yang dikenakan juga adalah berat. Kasi dan kaedah pengasingan kimia telah dilaksanakan dibeberapa buah negara ke atas perogol kental (habitual offenders). Ada juga yang menghukum perogol dengan hukuman rejam seperti yang diutarakan oleh agama Islam melalui Hukum Hudud. Agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian turut menganjurkan hukuman mati ke atas perogol. Negara-negara Barat turut menghukum perogol dengan pemenjaraan yang panjang iaitu hukuman yang maksimum. Pada permulaan abad ke-20an, perogol boleh dikenakan hukuman mati dikebanyakan negeri-negeri di Amerika Syarikat.

Malaysia tidak terkecuali menetapkan undang-undang dan pekeliling khas tehadap kes ini. Menerusi undang-undang, Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 375 dan 376, perogol boleh dihukum minimun 5 tahun penjara dan maksimum 20 tahun dan sebatan, manakala pekeliling khas iaitu Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 22 Tahun 2005 ( Menjurus Gangguan Seksual di Tempat Kerja) turut diguna pakai sekiranya berlaku kes rogol di tempat kerja. Akta Kesalahan Seksual 2003 menggariskan bahawa hukuman yang harus dikenakan ke atas perogol ialah maksimum penjara seumur hidup.

Selain Malaysia, negara lain turut mempunyai hukuman tersendiri dalam menghukum perogol. Poland misalnya,mengenakan hukuman ‘kasi’ kemaluan perogol, manakala di Pakistan, perogol akan dijatuhi hukuman mati melalui tali gantung. Hukuman ngeri yang dilaksanakan ke atas perogol di Yaman ialah tembak sehingga mati dengan beberapa das tembakan di hadapan orang ramai. Hakikatnya, apa jua hukuman yang dikenakan, masih ramai anak gadis, wanita, kanak-kanak, mahupun warga emas menjadi mangsa kerakusan dan nafsu kebinatangan lelaki yang bertopingkan manusia. Oleh itu, punca berleluasnya kes ini harus dikaji sebelum berusaha mengatasinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan